suria

Hanya Costa mampu ubah nasib Chelsea - Crouch

Diego Costa.

CHELSEA disarankan untuk mendapatkan semula khidmat Diego Costa berbanding berbelanja besar untuk membawa masuk Gonzalo Higuain dan Karim Benzema ke Stamford Bridge.

The Blues bermula dengan baik pada musim 2018-2019 dibawah kendalian Maurizio Sarri tetapi ketinggalan 10 mata dibelakang pendahulu liga, Liverpool.

Eden Hazard menyumbang 10 gol daripada 38 perlawanan bersama Chelsea musim ini.

Namun penyerang Alvaro Morata dan Olivier Giroud tampak bergelut di pintu gol.

Susulan itu, Sarri dilaporkan cuba membawa masuk seorang penyerang bulan ini dengan The Blues dikaitkan dengan Higuain dan Benzema.

Gonzalo Higuain.

Namun Peter Crouch berpendapat Chelsea sepatutnya membeli semula Costa yang meninggalkan Stamford Bridge tahun lalu.

"Chelsea menjaringkan gol paling sikit dalam enam pasukan teratas.

"Satu perkara yang anda perlu ialah seorang pemain yang menjaringkan 30 gol dan mereka tiada pemain seperti Harry Kane, Mo Salah atau Sergio Aguero.

"Suatu ketika dulu, mereka memilikinya. Diego Costa benar-benar akan mengubah nasib Chelsea dan jika anda tanya saya, saya akan berbelanja besar untuk mendapatkannya semula ," kata Crouch dalam satu ruangan di Daily Mail.

Costa menjaringkan 59 gol dalam 120 penampilan bersama Chelsea dan membantu kelab itu menjuarai dua trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA sebelum kembali ke Atletico Madrid. - Metro.co.uk

Diego Costa, Chelsea

Artikel Lain