suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar pemain bola paling bernilai di dunia, Ronaldo terkeluar 10 carta teratas

Neymar. Foto AFP

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar merupakan pemain bola sepak paling bernilai di dunia, menurut KPMG.

Pakar kewangan KPMG melancarkan alat baharu untuk menganggarkan nilai-nilai pemain bola sepak Eropah, dengan Neymar yang berusia 26 tahun menduduki tangga teratas sebanyak £206.5 juta (RM1.08 bilion).

Rakan sepasukan PSG Neymar, Kylian Mbappe, 20, menduduki tempat kedua dalam senarai dengan nilai anggaran £193.8 juta (RM1.02 bilion).

Sementara itu, legenda Barcelona berusia 31 tahun, Lionel Messi berada di tempat ketiga dengan nilai £183.2 juta (RM959.47 juta).

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah merupakan pemain Liga Perdana Inggeris yang paling bernilai, dianggarkan £151.6 juta (RM794.03 juta), penyerang Tottenham, Harry Kane £136.1 juta (RM712.58 juta), pemain utama Chelsea, Eden Hazard £133.5 juta (699.66 juta) dan Manchester City, Kevin De Bruyne £116.6 juta (RM610.77 juta).

Pemain hadapan Atletico Madrid, Antoine Griezman dengan nilai £113.2 juta (RM592.96 juta), pemain tengah Manchester United, Paul Pogba £107.5 juta (RM563.05juta) dan pemain Barcelona, Philippe Coutinho £106.5 juta (RM557.61 juta) melengkapkan kedudukan 10 pemain teratas paling bernilai.

Bagaimanapun, pemain Juventus, Cristiano Ronaldo berada adalah di luar kedudukan 10 teratas dengan nilainya £96.5 juta (RM505.24 juta). - Mail Online

Artikel Lain