suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain England ditendang keluar kelab, 'kantoi' ambil kokain dalam tandas

Siapa gerangan pemain England yang ditangkap mengambil kokain di dalam tandas sebuah kelab? - Gambar hiasan

PEMAIN bola sepak England didakwa ditendang keluar dari sebuah kelab selepas 'kantoi' mengambil dadah jenis kokain pada malam Krismas.

Bintang Liga Perdana Inggeris berkenaan dilaporkan ditangkap oleh rakan sepasukannya ketika menyedut serbuk dadah itu di tandas.

Pemain terbabit dihantar pulang ke rumahnya dengan menaiki teksi oleh pengurus pasukan kerana menyangka dia mabuk setelah minum arak terlalu banyak.

Insiden itu dikatakan berlaku sebelum sambutan Krismas, lapor The Sun.

Akhbar tersebut memetik sumber daripada kelab sebagai berkata: "Salah seorang pemain melihat dia membuat garisan di tandas dan setengah jam kemudian dia seperti khayal.

"Pekerja kelab malam terpaksa membawanya keluar ikut pintu belakang dan masukkan dia ke dalam teksi kerana menyangka dia terlalu mabuk."

Pemain bola sepak yang identitinya tidak didedahkan itu dipercayai memberikan sampel bersih kepada pegawai yang memeriksanya sehari sebelum kejadian.

Pemain bola sepak telah diingatkan bahawa mereka boleh diuji pada bila-bila masa.

Kokain boleh kekal dalam darah selama 48 jam dan dalam air kencing pula sehingga empat hari.

Pemain bola sepak yang didapati bersalah menggunakan dadah akan berdepan dengan larangan selama dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak (FA). - Mirror UK

kokain

Artikel Lain