suria

Pogba makin bersemangat, prestasi meningkat selepas ketiadaan Mourinho

PEMECATAN Jose Mourinho memberi impak positif buat bintang Manchester United (MU) Paul Pogba apabila prestasinya dilapor semakin bagus, berbanding sebelum ini.

Di bawah naungan Ole Gunnar Solskjaer, Pogba dilihat lebih bersemangat dan dia mula mendapat respon positif daripada orang sekeliling.

Terbaharu, Ander Herrera turut mengakui perubahan positif itu.

Ujarnya, semangat Pogba meningkat selepas dia tidak lagi perlu bekerja dengan Mourinho.

Bukan satu rahsia sebelum ini apabila Pogba tidak seteru dengan Mourinho dan pelbagai kisah negatif sering dilaporkan mengenai hubungan mereka.

"Pogba sangat penting untuk MU. Dia bermain sangat bagus sekarang. Dia bukan sahaja bersedia untuk mempertahankan gawang pasukan, malah turut membantu keseluruhan pasukan.

"Dia bermain dengan ringkas tapi berkesan. Kami gembira dengannya.

"Bukan saya sahaja, Nemanja dan pemain lain juga, kami perlu tolong dia untuk rasaik kebebasan dalam bermain bola," katanya.

Pogba sebelum ini sering menerima reaksi negatif daripada Mourinho.

Selain dimarahi dihadapan pemain lain, Mourinho turut menyifatkan Pogba sebagai virus yang memberi kesan negatif kepada MU. - Metro. UK.

Artikel Lain