suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangkit semula, Messi dijangka catat pelbagai rekod cemerlang sepanjang 2019

SETALAH mengecapi pelbagai kejayaan sebelum ini, pemain popular Lionel Messi dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara pemain paling berjaya di dunia, pada 2019.

Outlet media Sepanyol, Marca menerusi laporan terbaharu mereka menyenaraikan beberapa perkara yang mungkin boleh dicapai oleh Messi pada tahun ini.

Menurut laporan itu lagi, tiada apa yang mustahil untuk dicapai oleh bintang itu sekiranya dia tidak bergelut dengan sebarang kecederaan.

Yang pertama, Messi mungkin dapat menyamakan rekod Ryan Giggs bersama kelabnya, Barcelona.

Pasukan itu kini mendahalui Atletico Madrid dalam Liga Sepanyol dengan tiga mata dan dijangka bakal membawa pulang kejuaraan pada tahun ini.

Bersama lima kasut emas miliknya pada bulan lepas.

Tambah laporan itu lagi, jika Messi dapat bermain sepenuhnya dalam kalendar bola sepak tahun ini, dia bakal dinobatkan sebagai pemain yang membuat penampilan terbanyak dalam pasukan Barcelona.

Messi sudahpun mencatat 657 perlawanan dan kini berada di tangga ketiga, hanya 18 perlawanan di belakang Andres Iniesta.

Namun, ia mungkin memakan masa hingga dua musim untuk Messi melepasi Xavi yang kino mencatatkan 767 penampilan bersama pasukan itu.

Antara ramalan lain, Messi berkemungkinan bakal menggondol kasut emas keenam, pada tahun ini.

Baru-baru ini sahaja, Messi dirakam bersama lima Kasut Emas Eropah (European Golden Boot) menerusi satua acara di Barcelona. - Daily Mail.

 

Artikel Berikut

Artikel Lain