suria

Pemain kurang popular lebih banyak jaringkan gol berbanding Messi dan Ronaldo

Messi (depan) dan Ronaldo (belakang) berada di tangga kedua dan ketiga dalam senarai itu.

TIDAK popular seperti Cristiano Ronaldo mahupun Lionel Messi, rekod jaringan pemain Algeria, Baghdad Bounedjah bagaimanapun lebih membanggakan berbanding dua bintang itu.

Bounedjah merekodkan 59 jaringan menerusi 40 penampilan pada 2018.

Ia sekaligus menjadikan dia penjaring gol terbanyak di dunia untuk tahun lalu.

Prestasi Bounedjah sememangnya menjadi sebutan apabila dia membantu pasukan Al Sadd mengumpul 13 gol sehingga ke separuh akhir.

Malah, dia juga menjaringkan 7 gol dalam perlawanan menentang Al Arabi.

Bounedjah mendahului senarai itu pada 2018.

Dalam pada itu, senarai penjaring terbaik yang didahului Bounedjah turut disertai nama-nama besar seperti Messi di tangga kedua dengan catatan 51 gol.

Messi mengumpul kesemua jaringan itu menerusi 54 perlawanan.

Di tangga ketiga, Ronaldo berjaya meraih 49 gol menerusi 53 penampilan diikuti Robert Lewandowski dengan 46 gol.

Di tangga kelima ialah Diego dengan 43 gol menerusi 51 perlawanan.

Bounedjah sewaktu diajukan mengenai masa depan kerja bola sepaknya mengakui berminat untuk bermain di Eropah.

"Saya ada keinginan dan cita-cita untuk ke sana, jelas sekali.

"Kalau ada tawaran menarik pada musim panas nanti, saya akan perhalusi. Sekarang saya tenang dahulu.

"Sudah ada peluang untuk saya, tapi saya memilih untuk ambil masa demi pilihan terbaik.

"CIta-cita saya adalah Eropah. Saya mahu ukur kemampuan saya dengan pemain-pemain lain," katanya. - The Sun.

 

Artikel Lain