suria

Mayweather hantar mesej merayu ajak Khabib berlawan

PENGURUS MMA, Ali Abdelaziz mengakui Floyd Mayweather menghantar mesej rayuan kepadanya untuk dipertemukan dengan Khabib Nurmagomedov dalam perlawanan pada tahun ini.

Menurut Ali, mereka ada berbalas mesej dan berbicara mengenai hal itu, baru-baru ini.

"Dia dan saya ada berbalas mesej pada bulan lepas.

"Jangan dia tak nak mengaku pula, jangan menipu Floyd. Saya akan dedahkan semuanya," kata Ali.

Menurut jejaka itu, Floyd merayu kepadanya untuk diberikan slot perlawanan bersama Khabib.

"Saya cakap, usia dia dah 57 tahun. Badannya sudah lemah dan tak tak kuat.

"Orang fikir saya dah gila tapi saya rasa memang dia akan kalah di tangan Khabib. Khabib bukan seorang yang mudah berputus asa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ali turut membuat perbandingan natara dua bintang itu.

Katanya, Floyd bukanlah seorang petinju namun dia hanya layak digelar sebagai atlet sahaja.

Katanya, Floyd hanya akan berlawan di dalam gelanggang sahaja manakala Khabib adalah petinju sebenar kerana dia sanggup berlawan di mana-mana sahaja.

"Khabib adalah petinju dan pejuang sebenar. Dalam lif, dalam pondok telefon sekalipun dia akan lawan," katanya. - BJPENN.Com.

Artikel Lain