suria

Buang poster Ronaldo, Mbappe tampal foto diri sendiri dalam bilik tidur

SEPERTI kebanyakan peminat yang lain, Kylian Mbappe turut menampal poster pemain bola sepak kegemarannya di dalam bilik.

Umum mengetahui dia sebelum ini mempunyai poster Cristiano Ronaldo di dalam kamarnya.

Namun, perkongsian terbaharu bintang berusia 20 tahun itu menerusi sekeping foto di laman Instagram ternyata mengejutkan ramai.

Dalam foto itu, poster Ronaldo yang ditampal sebelum ini sudah tidak kelihatan dan ia diganti dengan poster dirinya sendiri.

Foto lama yang memaparkan poster Ronaldo dalam bilik Mbappe yang kini diganti dengan poster dirinya.

Antara poster yang ditampal adalah foto dia mengucup trofi Piala Dunia FIFA selepas dia membantu pasukan Perancis meraih kejuaraan itu tahun lalu.

Selain itu, dia turut menampal foto dirinya yang menjadi penghias muka hadapan Majalah Time.

Perkongsian berkenaan menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 3 juta tanda suka.

Dia memuat naik foto itu di laman Instagram sempena sambutan tahun baharu 2019.

Pada tahun lalu, pemain Paris Saint-German (PSG) itu mengecap pelbagai kejayaan manis.

Antaranya, dia dinamakan sebagai Pemain Muda Terbaik di Piala Dunia dna berada di tangga keempat dalam Ballon d'Or. - The Sun UK

 

Kylian Mbappe, Cristiano Ronaldo, PSG

Artikel Lain