suria

Ronaldo kongsi perasaan 'pulang' semula ke Old Trafford

Ronaldo pernah bermain untuk kelab Manchester United pada musim 2003-2009. - AP

CRISTIANO RONALDO kembali ke Old Trafford bersama Juventus dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.

Ia merupakan permainan yang beremosi buat penyerang Portugal itu kerana pasukan baharunya mencatatkan kemenangan 1-0 menerusi gol oleh Paulo Dybala.

Pemain berusia 33 tahun tersebut pernah mencipta nama bersama Manchester United kerana berjaya menjaringkan 118 gol sepanjang enam musim berada di Old Trafford.

Penyerang itu mengimbau kembali waktunya bermain untuk kedua-dua kelab dengan kenangan yang manis.

Ronaldo memberitahu akhbar Portugal, Record:"Manchester? Ia satu 'kepulangan' yang menakjubkan, peminat Manchester sering mengalu-alukan kehadiran saya sama seperti ketika saya bermain di Old Trafford.

"Santiago Bernabeu menjadi rumah saya selama beberapa tahun dan akan sentiasa menjadi stadium yang istimewa buat saya.

"Saya akan sentiasa mempunyai perasaan mendalam terhadap kelab itu dan para peminatnya. Saya harap saya diterima dengan baik."

Walaupun tidak berjaya memenangi Piala Dunia, Ronaldo berkata tahun 2018 merupakan tahun yang baik baginya.

Tambah Ronaldo: "Detik paling tinggi untuk 2018? Trofi Juara Liga-Liga kelima dan tiga kali berturut-turut bersama Real Madrid.

"Tapi saya tidak akan lupakan Juventus kerana saya dilayan sangat baik.

"Saya rasa bersemangat untuk bermain bola sepak pada tahap tertinggi, setiap hari." - Daily Star

Ronaldo

Artikel Lain