suria

Minum alkohol lebih had, bekas pemain Manchester City dihukum jalani khidmat komuniti

Meppen-Walter mengakui kesalahan yang dilakukannya. - The Sun

COURTNEY MEPPEN-WALTER, 24, dijatuhkan hukuman melakukan khidmat komuniti selama 12 bulan dan dilarang memandu selama 22 bulan selepas mengakui minum alkohol lebih dua kali ganda daripada had dibenarkan.

Mahkamah Majistret Manchester mendengar perbicaraan pemain itu bertemu dengan rakan-rakannya di pasar Krismas di bandar tersebut dan minum beberapa gelas minuman beralkohol.

Bekas pemain Manchester City itu memberitahu majistret bahawa dia malu di atas kesalahannya yang berlaku hanya enam tahun selepas dia membunuh pasangan adik beradik akibat memandu dengan cuai.

Katanya: "Saya tahu apa yang anda dan semua orang fikir.

"Saya mungkin akan dipanggil dengan gelaran-gelaran yang tidak baik, tapi memang patut saya menerimanya.

"Apa yang saya lakukan memang bodoh. Saya rasa malu."

Dia ditahan pada Disember selepas operator kamera litar tertutup (CCTV) memaklumkan kepada polis peronda selepas melihat kereta yang dipandunya seperti hilang arah.

Meppen-Walter kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis di mana bacaan penggunaan alkoholnya diambil.

Bacaan tersebut menunjukkan ia mengandungi 85 mikroram alkohol dalam 100 mililiter nafas. Had yang dibenarkan oleh undang-undang adalah 35mcg. - Daily Star

Meppen-Walter

Artikel Lain