suria

Ronaldo buktikan dia tetap hebat di mana sahaja

CRISTIANO Ronaldo membuktikan dirinya tetap hebat di mana sahaja dia beraksi.

Bintang Juventus itu mencatat rekod baharu menjadi pemain Portugis pertama yang menjaringkan gol dalam setiap aksi Serie A.

Dia juga turut meledak gol pembukaan bertemu Sampdoria pada Sabtu.

Ronaldo hanya mengambil masa lima bulan untuk mencipta nama di Juventus.

Sebanyak 13 gol dirakam Ronaldo musim ini mengatasi rekod yang dicipta Rui Barrios yang mencipta 12 gol pada musim 1988-89 di Juventus.

Malah dia juga penjaring terbanyak Serie A setakat ini.

Bagaimana pun bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu belum berpuas hati dengan statistik yang dirakamnya.

Buat pertama kali sejak 2010, Ronaldo gagal merakam 50 gol dalam kalendar tahunannya.

Dia berjaya meledak 49 gol pada tahun ini.

Cristiano Ronaldo

Artikel Lain