suria

Larian Bentong 2018 lancar, meriah

KUALA LUMPUR: Acara larian tahunan yang dianjurkan Majlis Perbandaran Bentong minggu lalu ternyata memberi impak positif yang tersendiri.

Edisi kedua 'Bentong Half Marathon' di Dataran Bentong telah mengumpul hampir 1500 peserta dalam dan luar negara.Lebih menarik, kali ini menyaksikan ramai peserta daripada 17 buah negara menyertai larian penuh mencabar dalam kategori kemuncak iaitu 21 kilometer selain 5km dan 10km.

Pengarah program ini Kamarul Nazli Basri mahu menjadikan acara ini sebagai program tahunan bagi meluaskan gaya hidup sihat.Lebih penting, bukan sahaja sambutan yang menggalakkan daripada peserta tetapi juga sokongan daripada pihak penaja.

Kamarul berkata kehadiran penaja utama iaitu, nu-prep tahun ini amat bertepatan kerana turut mementingkan kesihatan.

Sebahagian peserta gembira menerima produk kesihatan daripada penaja.

"Sebagai pengeluar produk kesihatan yang terkenal di Malaysia, nu-prep memberi keceriaan kepada semua peserta yang berlari untuk menambah tenaga mereka.

"Jalinan kerjasama ini membuktikan masyarakat Malaysia mementingkan gaya hidup yang sihat," jelasnya dalam satu kenyataan.

Nu-prep merupakan produk kesihatan khas untuk lelaki yang mengandungi ekstrak asli akar Tongkat Ali Physta manakala untuk wanita daripada kacip fatimah.

Selain itu antara negara yang turut serta dengan larian ini termasuk United Kingdom, China,India, Jepun, Kenya, Belanda dan lain-lain lagi.

Pemenang menerima hadiah bernilai Rm2500, kedua RM1000 manakala tempat keempat dan kelima sebanyak RM500.

Setiap peserta juga menerima medal dan barangan produk nu-prep.

Larian Bentong

Artikel Lain