suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antara PSG dan Juventus, Ramsey sudah ada pilihannya

Ramsey sudah ada jawapan untuk masa depannya. - AFP

AARON RAMSEY merupakan salah seorang pemain paling bernilai dalam pasaran perpindahan musim panas yang akan datang.

Selain Adrien Rabiot, pemain tengah Arsenal itu adalah antara bintang emas yang boleh dibeli secara perpindahan percuma.

Dua kelab gergasi yang sedang mengintai Ramsey adalah Paris Saint-Germain dan Juventus.

Ramsey menuntut gaji sebanyak 10 juta euro (RM47.5 juta) setahun dan Juventus sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Sementara itu, PSG juga sudah mengarahkan ejennya untuk membuat tawaran yang serius kepada pemain tersebut.

Buat masa ini, Juventus sudah menerima tanda-tanda positif berhubung perpindahan itu.

Ramsey seperti memberikan keutamaan kepada Juventus berbanding PSG yang akan menandatanganinya sebagai pengganti Rabiot.

Memetik laporan oleh Calcio Mercato, Ramsey mempunyai tuntutan harga yang penting dan tepat.

Sementara itu, laporan di Sepanyol pula mendedahkan Unai Emery sudah mempunyai calon pengganti Ramsey dan salah seorang daripadanya merupakan bekas pemain yang pernah dikendalikan oleh jurulatih itu.

Aaron Ramsey

Artikel Lain