suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United 'kosongkan' pejabat Mourinho lima minit selepas dipecat

Manchester United 'membersihkan' pejabat Jose Mourinho hanya lima minit selepas pemecatannya. Foto instagram Jose Mourinho

MANCHESTER United tidak membuang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit selepas pemecatannya.

Pengurus kelahiran Portugal itu akhirnya dilepaskan daripada memegang jawatan itu selepas Manchester United bermula dengan pencapaian terburuk dalam Liga Perdana Inggeris.

Berita tersebut disahkan pada pukul 9.45 pagi (5.45 petang waktu Malaysia) 18 Disember lalu sebelum Mourinho tersenyum, dikatakan menerima bakal menerima bayaran pampasan 22.5 juta pound (RM119 juta).

Beliau meninggalkan pusat latihan di Carrington itu tiga setengah sejam selepas ketibaannya.

Nampaknya para pekerja di pusat latihan kelab tergesa-gesa untuk menyingkirkannya secepat mungkin walaupun The Sun melaporkan pejabatnya dikosongkan hanya lima minit selepas beliau dipecat.

Mourinho menerima berita mengenai pemecatannya dalam pertemuan dengan naib pengerusi eksekutif, Ed Woodward.

Barang-barang milik beliau, termasuk gambar di dinding dan trofi, kemudian diturunkan ke dalam kotak sebelum diangkut keluar. - Mail Online

Manchester United, Jose Mourinho

Artikel Lain