suria

Pekerja dapur pun tidak sukakan Mourinho! - Rooney

Rooney mendedahkan bahawa ramai orang tidak sukakan Mourinho di Old Trafford. - BT Sport 1

PEMAIN legenda Manchester United, Wayne Rooney percaya ramai kakitangan di kelab itu tidak berpuas hati dengan Jose Mourinho.

Bos kelahiran Portugal itu dipecat pada awal minggu lalu berikutan permulaan yang buruk kelab berkenaan pada musim ini.

United berada di tempat keenam dan jatuh beberapa kedudukan dalam Liga Juara-Juara.

Rooney percaya bahawa Ole Gunnar Solskjaer adalah orang yang mampu mengubah suasana toksik di Old Trafford.

Dia memberitahu BT Sport: "Ia bukan hanya pemain, tetapi semua orang di kelab.

'Saya pasti Ed Woodward pun sama. Kakitangan lain termasuk staf dapur dan pekerja peralatan sukan tidak seronok di sana.

"Ole adalah orang yang tepat untuk membantu pasukan dan saya tahu mereka gembira."

Solskjaer dilantik sebagai pengganti Mourinho secara interim dan bertanggungjawab ke atas United buat kali pertama menentang bekas kelabnya Cardiff. - Daily Mail

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Lain