suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea risik Fekir dari Lyon

CHELSEA sudah memulakan rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lyon, Nabil Fekir.

Pemain berusia 25 tahun itu hampir menyertai Liverpool pada musim panas lalu selepas bidaan bernilai 53 juta pound sterling dipersetujui dengan Lyon.

Fekir sudah menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat latihan Clairefontaine, Perancis dan mengadakan temu bual bersama dengan pasukan media Liverpool.

Namun Liverpool membatalkan hasrat untuk menyambar Fekir selepas bimbang mengenai kecederaan lutut kanannya.

Fekir menjalani dua pembedahan dalam tempoh 12 bulan selepas bergelut dengan kecederaan serius ligamennya pada September 2015.

Menurut L'Equipe, Chelsea kini mendahului pasukan lain untuk menandatangani khidmat Fekir dan mengarahkan Pini Zahavi sebagai ejen bertauliah untuk memuktamadkan rundingan tersebut.

Zahavi dilaporkan telah berhubung dengan wakil Fekir untuk memaklumkan hasrat Chelsea dan membincangkan peluang untuk berhijrah ke Stamford Bridge musim panas akan datang.

Fekir masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan dengan Lyon. - Metro.co.uk

Nabil Fekir, Chelsea

Artikel Lain