suria

Mourinho terkejut dipecat, ingat dipanggil bincang pembelian pemain United

Jose Mourinho.

JOSE Mourinho tidak menduga dia akan dipecat sebaik tiba di Carrington untuk bermesyuarat dengan Ed Woodward pagi Selasa lalu.

The Sunday Times berkata Mourinho tiba di padang latihan kelab itu menjangkakan Woodward mahu membincangkan mengenai strategi perpindahan pemain bulan depan.

Malah Mourinho yakin Woodward akan memberikan lampu hijau kepadanya untuk memantapkan skuadnya bulan depan.

Namun dia terkejut apabila Woodward memaklumkan bahawa khidmatnya sudah tidak lagi diperlukan.

Sementara itu, The Times melaporkan salah seorang tonggak utama United yang sering diturunkan Mourinho telah menghubungi Woodward selepas pasukan tersebut tewas kepada Liverpool, menggesa pengendali dari Portugal itu supaya dipecat.

Namun identiti pemain itu tidak didedahkan.

United mempamerkan prestasi luar biasa semasa dibawah kendalian pengurus sementara Ole Gunnar Solskjaer apabila menundukkan Cardiff City 5-1, malam Sabtu lalu.

Ia adalah kemenangan terbesar United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak perlawanan terakhir dikendalikan Sir Alex Ferguson sebelum bersara.

United kini menduduki tangga keenam ketinggalan 19 mata dibelakang pendahulu Liverpool.

"Kami berjaya mengejar pasukan lain sebelum ini. Saya tidak mahu lihat terlalu jauh ke hadapan tetapi pemain United sentiasa bermain lebih baik pada separuh kedua musim ini," kata Solskjaer. - Manchestereveningnews

Jose Mourinho, Ed Woodward

Artikel Sebelum

Chelsea risik Fekir dari Lyon

Artikel Lain