suria

Menang ke atas Cardiff City, Pogba ucap terima kasih kepada Mourinho

BINTANG Manchester United, Paul Pogba berterima kasih kepada Jose Mourinho kerana membantunya menjadi pemain dan individu yang lebih baik.

Pogba tidak sebulu dengan Mourinho awal musim ini dan dilucutkan jawatan naib kapten selepas mengkritik corak permainan yang diterapkan pengendali dari Portugal itu.

Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus sementara selepas pemecatan Mourinho dan United berjaya menundukkan Cardiff City 5-1 pada aksi pertamanya, malam Sabtu.

Pogba membantu mencipta dua peluang gol di Wales.

Pemain kebangsaan Perancis itu dikecam susulan prestasinya yang merosot semasa di bawah kendalian Mourinho tetapi dia mahu berterima kasih sepanjang tempoh dua tahun setengah bersama bekas pengendali United itu.

"Kami memenangi trofi dengan Jose dan saya mahu berterima kasih kepadanya kerana kejayaan itu.

"Dia menjadikan saya pemain dan individu yang lebih baik. Itu masa lampau, saya mahu berterima kasih kepadanya mengenai perkara itu. Saya yakin pemain lain turut berfikiran sama seperti saya," katanya.

Jesse Lingard menjaringkan dua gol manakala Ander Herrera, Anthony Martial dan Marcus Rashford masing-masing meledak satu gol pada perlawanan itu.

Solskjaer dalam sidang media menyindir Mourinho dengan berkata pasukan lawan tidak patut melebihi Manchester United.

United menundukkan lawan mereka buat pertama kali musim ini dan Solskjaer berkata itu adalah keperluan minimum untuk beraksi bersama kelab tersebut. - Metro.co.uk

Paul Pogba, Jose Mourinho

Artikel Lain