MFL keluarkan kalendar pertandingan 2019, 2020 serentak - Sukan | mStar

MFL keluarkan kalendar pertandingan 2019, 2020 serentak

Pasukan JDT meraikan kejayaan mereka menjulang Piala Liga Super 2018 selepas perlawanan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin pada Julai lalu. - Bernama

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) buat julung kalinya mengeluarkan kalendar pertandingan untuk dua musim iaitu tahun 2019 dan 2020, berbanding hanya satu tahun sahaja seperti tahun-tahun sebelum ini.

MFL dalam satu kenyataan memaklumkan pengedaran kalendar untuk dua tahun berkenaan dibuat bagi memudahkan perancangan dan persediaan awal pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia untuk jangka masa panjang.  

Selain itu, pengedaran kalendar berkenaan dapat membantu pasukan bertanding membuat persediaan awal dalam menyediakan dokumen-dokumen pendaftaran, perancangan penggunaan stadium, persediaan bagi jendela perpindahan pemain, aktiviti komersial dan promosi pasukan.  

MFL turut memaklumkan mereka akan mengedarkan kalendar bagi tahun 2021 pada penghujung musim 2019 bagi memudahkan pasukan bertanding dalam Liga Malaysia dapat membuat perancangan bagi setiap dua tahun akan datang.

"Pengedaran kalendar bagi jangka masa panjang ini dapat memudahkan kepada penaja dan juga bakal penaja yang berpotensi tinggi untuk merancang lebih awal sekali gus meningkatkan nilai bagi kesemua pertandingan," jelas MFL.

Berdasarkan kalendar yang dikeluarkan MFL hari ini, kebanyakan perlawanan Liga Malaysia 2019 akan diadakan pada hujung minggu bagi memudahkan penyokong untuk hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Selain itu, aksi final Piala FA 2019 akan  diadakan selepas tamat saingan Liga Malaysia, namun sebelum bermulanya saingan Piala  Malaysia.

Saingan Liga Premier dan Super 2019 bakal membuka tirai pada 1 Feb depan.

Kalendar berkenaan, jelas MFL, telah dimuktamadkan setelah mereka mengadakan perbincangan  bersama pengurusan pasukan kebangsaan, sekaligus memberi masa mencukupi bagi barisan kejurulatihan kebangsaan untuk membuat panggilan latihan semasa ‘FIFA days.' - Bernama

Liga Bola Sepak Malaysia

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain