Victor mula uji pemain skuad hijau kuning - Sukan | mStar

Victor mula uji pemain skuad hijau kuning

Victor (dua dari kiri) merupakan bekas pertahanan Kedah.

KEDAH memulakan persiapan bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2019 dengan perlawanan persahabatan pertama menentang Perlis di Kangar pada Jumaat malam.

Skuad hijau kuning yang melakukan rombakan ke atas pegawai dan pemain selepas musim lalu melabuhkan tirai turun dengan diketuai Penolong Jurulatih baharunya, Victor Andrag (gambar).

Hanya dibarisi lima pemain utama, Kedah terlebih dahulu berada di depan pada lewat babak pertama.

Lima pemain tersebut ialah Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Ifwat Akmal Che Kassim, Amirul Hisyam Awang Kecik dan Khairul Helmi Johari,

Bagaimanapun skuad tuan rumah yang turut melakukan rombakan terhadap pemain mereka dengan menurunkan pemain berpengalaman seperti Safee Sali dan Mohd Badhri Mohd Radzi berjaya bangkit pada separuh masa kedua.

Hasilnya, skuad Singa Utara berjaya merekod kemenangan pertama dengan jaringan 3-1, di hadapan penyokong yang memenuhi stadium tersebut.

Victor yang juga bekas pertahanan Kedah memberitahu mStar Online, keputusan tidak menjadi keutamaan skuad berkenaan yang lebih memberi tumpuan terhadap keserasian dalam kalangan pemain.

"Walaupun kita kalah tapi saya memang puas hati dengan prestasi pemain kerana mereka berjaya mencipta banyak peluang khususnya pada babak pertama selain keserasian yang ditunjukkan.

"Masih awal lagi untuk menilai kekuatan pasukan Kedah kerana 75 peratus daripada pemain utama hanya akan mula menjalani latihan bersama ketua jurulatih bermula Januari tahun depan.

"Walaupun hanya berlatih sejak dua minggu lalu, tapi pemain nampak berani dan tunjukkan persefahaman yang baik, cuma mereka gagal melakukan penyudah yang baik selepas mencipta banyak peluang di depan gol lawan," katanya.

Menurutnya, barisan pemain sudah mula mempamerkan kesefahaman baik untuk merobek pertahanan lawan tetapi gagal menepati sasaran dan terpaksa tanggung akibatnya dengan keputusan kekalahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mo Salah belum layak diangkat sebagai ikon

Artikel Berkaitan

Artikel Lain