suria

Pengganti Mourinho digesa lebih tegas terhadap Pogba

BUKAN sesuatu yang mudah untuk Ole Gunnar Solskjaer menggalas tanggung jawab di Manchester United (MU), menggantikan Jose Mourinho.

Jika sebelum ini, Mourinho dilihat sering bermasalah dengan Paul Pogba, ia juga bakal menjadi satu bebanan untuk Solskjaer bagi membolehkan bintang itu mempamerkan prestasi terbaik.

Malah, ramai yag mencadangkan agar Solskjaer lebih tegas terhadap Pogba, berbanding pengendali terdahulu.

"Bola sepak sedang berkembang. Struktur kelab pun sama. Tapi kuasa masih di tangan pengurus.

"Pengurus yang pilih taktik, stratergi, falsafah dan sebagainya untuk pasukan.

"Kita semua berbeza bagaimana kita menguruskan orang," katanya.

Malah, dia juga enggan mengulas mengenai posting sinis Pogba setelah Mourinho dibuang.

"Saya tak tengok di Twitter atau Facebook, saya rasa ia benda biasa sahaja, saya dah bercakap mengenainya dengan Pogba," jelasnya ringkas.

Dalam pada itu, ramai yang agak skeptikal mengenai kemampuan Solskjaer khususnya untuk menangani pemain seperti Pogba dan Sanchez di kelab itu. - Goal.com.

Ole Gunnar Solskjaer, Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain