suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pafa mungkin akan ikat Zac Anderson

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengakui berkemungkinan besar mengikat bekas pemain import PKNS FC, Zac Anderson (gambar) bagi kukuhkan lagi barisan pertahanan skuad The Bos Gaurus dalam mengharungi kempen Liga Malaysia 2019.

Setiausaha Agungnya, Abd Aziz Yeop Jamaluddin berkata, perbincangan antara pemain berasal dari Australia itu dengan pihak pengurusan akan dibuat dalam masa terdekat bagi mencapai kata sepakat.

"Kita belum boleh sahkan ambil Zac kerana apa jua keputusan ia tertakluk di bawah kuasa jurulatih, Mehmet Durakovic sama ada mahu (berminat) atau pun sebaliknya.

"Apa yang dimaklumkan pada saya Zac antara pemain yang sememangnya berada dalam radar atau perancangan Mehmet untuk pasukan mengharungi liga musim depan," katanya ketika dihubungi Bernama, Isnin.

Zac, 27, bukan nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia dan beliau merupakan antara watak penting yang membantu Kedah menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia bagi musim 2016.

Selain itu, pada musim lalu, Zac turut berjaya membantu PKNS FC menduduki tangga ketiga Liga Super Malaysia selain layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Abd Aziz berkata, pihaknya juga menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa wujud campur tangan kepimpinan tertinggi berkaitan pemilihan pemain sama ada tempatan mahupun import.

"Semua pemain sama ada tempatan atau import yang ditandatangani, adalah di bawah kuasa jurulatih. 

Tiada campur tangan daripada presiden atau pun saya sendiri sebagai setiausaha agung," katanya. - Bernama

Zac Anderson, Pafa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain