suria

Bapa kapten Stuttgart meninggal dunia selepas Christian Gentner menyumbat gol kemenangan

Bapa Christian meninggal dunia selepas dia menjaringkan gol kemenangan Stuttgart.

BAPA kepada kapten Stuttgart meninggal dunia di satdium sebaik sahaja tamat perlawanan Bundesliga bertemu Hertha Berlin.

Stuttgart berjaya menumpaskan Hertha 2-1 dengan Christian Gentner menyumbangkan gol kemenangan, namun bapanya Herbert meninggal dunia di Mercedes Benz Arena selepas itu.

"VfB Stuttgart berdukacita dengan kematian bapa kepada kapten kami Christian Gentner iaitu Herbert Gentner yang meninggal dunia di stadium selepas kemenangan di tempat sendiri ketika bertemu Hertha Berlin.

"Kelab mengucapkan takziah dan memberi sokongan kepada keluarga Gentner yang berada dalam situasi sedih ketika ini," jelas satu kenyataan kelab.-eurosport.com

Christian Gentner

Artikel Lain