suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Gembira apabila ketahui pengurus dan kelab masih perlukan saya"

Smalling menyambung kontrak tiga tahun bersama United. Foto: manutd Twitter

CHRIS Smalling diberi kontrak baharu bersama Manchester United sehingga tahun 2022.

Pemain berusia 29 tahun itu, telah merakam 300 penampilan bersama Red Devils sejak berpindah dari Fulham pada tahun 2010.

Dia mengikat kontrak selama tiga tahun. United mempunyai pilihan untuk memberi kontrak sambungan selepas itu.

"Satu perasaan yang baik apabila mengetahui pengurus dan kelab memerlukan saya. Saya bersedia untuk membalas balik jasa mereka!", ujarnya dalam satu kenyataan di laman web kelab.

"Ini adalah musim kesembilan bersama kelab dan saya bersedia untuk meneruskan aksi dengan pasukan ini.

"Satu penghormatan bermain untuk Manchester United dan kami akan fokus dengan jadual yang padat perlawanan sepanjang tempoh festival ini (Perayaan Krismas)."

Sementara itu, pengurus kelab Jose Mourinho memberitahu bahawa dia gembira dengan kontrak baharu Chris ini.

"Chris telah lama bersama kelab dan kini menjadi pemain senior dalam pasukan."

Artikel Lain