suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mane tandatangan kontrak baharu

Sadio Mane.

SADIO Mane menandatangani kontrak baharu untuk tempoh jangka masa panjang bersama Liverpool.

Pemain berusia 26 tahun itu yang berhijrah dari Southampton dengan bidaan bernilai 34 juta pound sterling pada 2016, menjaringkan 40 gol dalam 89 penampilan bersama Liverpool.

Mane dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas lalu tetapi ia dinafikan bintang Senegal itu.

"Saya amat gembira, saya komited untuk melanjutkan karier saya bersama Liverpool.

"Ia hari yang menakjubkan bagi saya dan saya teruja untuk membantu pasukan mencapai cita-cita kami terutamanya memenangi lebih banyak trofi.

"Saya sentiasa kata apabila saya ada peluang datang ke sini, saya tidak perlu fikir dua kali.

"Kelab yang betul pada masa yang tepat dan jurulatih yang bagus. Saya amat gembira datang ke sini.

"Bagi saya, saya membuat keputusan terbaik dalam karier saya," kata Sane kepada laman web rasmi Liverpool. - Metro.co.uk

Sadio Mane, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain