suria

Lima atlet angkat berat terima padah, positif bahan terlarang

Hafifi antara yang dikenakan gantung empat tahun.

PETALING JAYA: Lima atlet angkat berat negara menerima padah apabila dikenakan hukuman gantung empat tahun gara-gara positif bahan terlarang.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat memberitahu, pihaknya telah membuat keputusan menggantung lima atletnya iaitu Mohd Hafifi Mansor  (22 Jun 2018-22 Jun 2022), Mohamad Fazrul Azrie Mohdad (28 Mac 2018 -28 Mac 2022), Muhammad Hakimie Haikal Nordin (23 Mac 2018- 22 Mac 2022), Muhammad Zaidi bin Mohd Nordin (23 Mac 2018 - 22 Mac 2022), Ronny bin Jesus (23 Mac 2018 hingga 22 Mac 2022).

"Atlet-atlet tersebut digantung dan dilarang menyertai mana-mana aktiviti dan kejohanan selama tempoh penggantungan.

"Mereka juga telah menjalani sesi pendengaran dalaman untuk mempertahan dan membela diri sebelum keputusan ini dimuktamadkan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Disiplin PABM dan dibawa dalam Mesyuarat Exco PABM.

"Keputusan ini juga telah dimaklumkan kepada atlet terlibat, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Adamas dan International Weighlifting Federation (IWF)," jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Berdasarkan laporan yang disiarkan di laman web rasmi IWF, tiga atlet yang disiasat dan diuji positif bagi sampel A ialah Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhamad Zaidi Mohd Nordin dan Ronny Jesos.

Ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka dilakukan secara rambang oleh IWF pada 23Mac lalu dan disahkan positif dadah jenis Stanozolol.

Sukan, Angkat Berat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain