suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pukul, sepak pemandu teksi bekas pemain Arsenal Bendtner dijatuhkan hukuman 50 hari penjara

Nicklas Bendtner. Foto: Getty Images

BEKAS penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner dijatuhkan hukuman penjara 50 hari selepas menarik rayuan disabitkan kesalahan menyerang.

Awal bulan ini, Bendtner didapati bersalah memukul dan menyepak pemandu teksi pada 9 September lalu.

Pemain Denmark berusia 30 tahun  itu mengaku memukul lelaki tersebut, namun menegaskan tindakannya itu adalah untuk mempertahankan diri berkaitan dengan harga tambang.

Bendtner yang kini beraksi untuk Rosenborg didapati bersalah dan diarah menjalani hukuman 50 hari penjara serta denda 179 pound (RM957).

"Saya terlibat dalam episod yang tidak dijangka. Saya tidak boleh bayangkan apa yang berlaku dan sudah tentu sangat kecewa.

"Untuk penyokong Rosenborg dan peminat, saya menyesal dengan apa yang berlaku. Saya minta maaf sepenuh hati.

"Untuk rakan sepasukan, saya juga kecewa kerana perkara ini telah mencuri tumpuan fokus pasukan. Saya berterima kasih dengan pemahaman anda semua," jelas Bendtner tiga hari selepas kejadian.

Sukan, Nicklas Bendtner, Arsenal

Artikel Lain