suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicol tersingkir awal dalam Kejohanan Terbuka Hong Kong

Nicol tersingkir.

KUALA LUMPUR: Perjalanan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David pada Kejohanan Terbuka Hong Kong berakhir seawal pusingan kedua selepas tewas mengejut di tangan pemain England, Millie Tomlinson pada Rabu.

Nicol, selaku pemain pilihan ke-11, tewas set pertama namun bangkit untuk menang dua set berikutnya tetapi ia tidak mampu menghalang Millie untuk meraih dua set terakhir untuk perlawanan berkesudahan 12-10, 0-11, 8-11, 11-7, 11-6 dalam tempoh 49 minit.

Nicol, bekas pemain nombor satu dunia dan juara 11 kali kejohanan itu, mendapat 'bye' pada pusingan pertama kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai US$164,500 (RM689,148).

Millie akan berdepan tugas getir untuk mara ke suku akhir apabila bertemu pemain nombor empat dunia, Camille Serme dari Perancis pada pusingan ketiga pada Khamis.

Sebelum itu, Camille dengan mudah melangkah ke pusingan ketiga dengan menundukkan pemain veteran Australia, Rachael Grinham, 11-4, 11-5, 11-0.

Sementara itu dalam kategori lelaki, Ng Eain Yow, yang menjadi pemain tunggal negara masih beraksi dalam kejohanan itu, akan memburu slot suku akhir dengan menentang pemain pilihan ketujuh dari Mesir, Mohamed Abouelghar, pada pusingan ketiga pada Khamis. - Bernama


Nicol David

Artikel Berikut

Artikel Lain