suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid intai Diaz, tak mahu gagal lagi

Brahim Diaz. Foto Reuters

REAL Madrid berminat untuk mendapatkan pemain Sepanyol, Brahim Diaz, 19, sekiranya pemain skuad Sepanyol bawah 21 tahun itu tidak menandatangani kontrak baharu sebelum musim panas akan datang.

Mereka juga mengintai Anthony Martial dan Christian Eriksen dari Manchester United sebagai pilihan alternatif sekiranya Eden Hazard akhirnya menandatangani perjanjian baharu untuk kekal di Chelsea.

Real Madrid akan kembali ke England pada musim panas ini untuk mendapatkan pemain baharu, tetapi dasar baru-baru ini bagi merebut pemain sama ada dalam kontrak mereka atau bakat muda belum terbukti di peringkat tertinggi akan diteruskan.

Diaz dari Manchester City memenuhi kedua-dua kriteria itu.

Dia baru berusia 19 tahun tetapi perjanjiannya berakhir pada 2019 dan Real Madrid mahu menjayakan usaha mereka selepas kegagalan pada 2013. 

Kelab Sepanyol itu cuba mendapatkan pemain Sepanyol itu ketika berusia 14 tahun tetapi Malaga lebih suka menjualnya kepada Manchester City. - Mail Online

Brahim Diaz, Real Madrid

Artikel Lain