suria

Kante perkuat Chelsea lima tahun lagi

N'Golo Kante.

PEMAIN tengah Chelsea N'Golo Kante menandatangani kontrak baharu selama lima tahun dengan kelab itu.

Bintang Perancis itu menjadi tonggak utama The Blues sejak tiba dari Leicester City pada 2016.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa Kante bakal angkat kaki dari Stamford Bridge.

Namun pemain berusia 27 tahun itu akhirnya menyatakan hasrat untuk terus komited bersama pasukan Chelsea pada Jumaat.

"Saya gembira untuk melanjutkan kontrak saya bersama Chelsea. Tempoh dua tahun amat menakjubkan dan saya berharap dapat membantu pasukan lebih lama lagi.

"Sejak saya tiba di sini, prestasi saya sebagai seorang pemain semakin meningkat. Saya cabar diri sendiri dan menerima beberapa anugerah di luar jangkaan saya.

"Saya suka bandar ini, saya suka kelab ini dan saya amat gembira berada di sini untuk tempoh yang lebih lama," katanya.

Difahamkan Kante akan menerima bayaran gaji dua kali ganda daripada gaji asalnya kepada 290,000 pound sterling seminggu.

Ia sekali gus menjadikannya pemain menerima gaji tertinggi di Chelsea.

Pengarah Chelsea Marina Granovskaia berkata:"Kami amat berbangga Kante setuju memperbaharui kontraknya untuk kekal lebih lama bersama Chelsea.

"Sebaik sahaja dia tiba di sini, kami tahu kami membawa masuk pemain istimewa tetapi mengejutkan semua orang dengan usaha kerasnya dan tidak mementingkan diri sendiri." - Metro.co.uk

N'Golo Kante, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mane tandatangan kontrak baharu

Artikel Lain