suria

Pemain muda 'terlalu manja' - Mourinho

Prestasi Shaw meningkat semasa dibawah kendalian Mourinho musim ini.

JOSE Mourinho mengkritik Anthony Martial, Marcus Rashford, Jesse Lingard dan Luke Shaw kerana kekurangan 'karakter' di Manchester United.

Pengendali United itu mengakui dia agak kecewa dengan sikap beberapa pemainnya pada musim ini.

Malah Mourinho turut mempertikaikan reaksi yang ditunjukkan segelintir pemain selepas tewas 1-3 kepada West Ham, September lalu.

Namun perbalahan Mourinho dengan anak buahnya memasuki episod baharu apabila dia kali ini kurang senang dengan sikap pemain baharu dan menggelar mereka sebagai 'terlalu manja'.

Dalam satu temubual bersama Univision, ketika ditanya mengenai kekurangan pemain mudanya, Mourinho berkata:"Mereka kurang matang."

"Dan biar saya jelaskan apabila saya kata kurang matang, saya maksudkan matang di peringkat peribadi.

"Mereka terlalu manja, pemain-pemain hari ini mempunyai kehidupan yang berbeza, lebih mudah dan saya bercakap mengenai individu di sekeliling pemain.

"Individu ini memberi mereka terlampau banyak kasih sayang dan terlalu banyak alasan.

"Orang bersikap matang dengan cara agak perlahan pada hari ini.

"Luke Shaw, dia ada peluang besar tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk menjaga kelakuannya.

"Potensi yang besar, sudah tentu.

"Kita bercakap mengenai Luke Shaw, Martial, Lingard, Rashford - muda, berpotensi besar tetapi mereka kekurangan karakter, personaliti," katanya. - Metro.co.uk

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Mane tandatangan kontrak baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain