suria

Pindah kelab, senyuman Neymar cetus tanda tanya

Neymar menyertai PSG sekitar 2017.

PEMAIN pasukan Paris Saint-German (PSG), Neymar sudah beberapa kali dikaitkan dengan khabar angin perpindahan ke Barcelona dan Real Madrid.

Kali ini, Real Madrid dikatakan sedang giat berusaha mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu bagi menggantikan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Juventus, baru-baru ini.

Malah, Neymar dikatakan menerima tawaran itu dari kelabnya sendiri, sewaktu perpindahan musim panas, lapor beberapa pihak.

Untuk rekod, Neymar berpindah dari Barcelona ke PSG pada 2017.

Sementara itu, Neymar sewaktu diajukan soalan mengenai perpindahan ke Barcelona pula mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Dia ditemui sewaktu mewakili pasukan kebangsaannya, Brazil dalam perlawanan menentang Uruguay pada Jumaat lalu.

Selain berdiam diri, Neymar dikatakan hanya melemparkan senyuman sejurus diajukan mengenai perpindahan tersebut.

Jika benar Neymar menyertai Barcelona, dia bakal membarisi pasukan hebat yang terdiri dari nama-nama besar seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Philippe Countinho dan ramai lagi. - Express.Co.UK/Marca.Com.

 

 

Neymar, PSG, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain