Liverpool sedia jual Fabinho untuk tampung perpindahan Pulisic - Sukan | mStar

Liverpool sedia jual Fabinho untuk tampung perpindahan Pulisic

Fabinho.

LIVERPOOL sedia melepaskan Fabinho yang baharu sahaja beberapa bulan tiba di Anfield untuk menampung perpindahan bintang Borussia Dortmund, Christian Pulisic.

Fabinho tiba dari Monaco dengan bidaan bernilai 43.7 juta pound sterling pada musim panas lalu dan bergelut untuk menyesuaikan diri di England.

Dia hanya beraksi bersama Liverpool sebanyak tiga kali.

The Mirror mendakwa Jurgen Klopp mahu menjual bintang Brazil itu pada Januari depan untuk mengumpul dana sekitar 70 juta pound sterling bagi mendapatkan khidmat Pulisic.

Christian Pulisic.

Pulisic diangkat sebagai pemain muda yang menyerlah di peringkat antarabangsa ketika ini.

Klopp mengetahui segalanya tentang pemain berusia 20 tahun itu sejak mengemudi Dortmund dan dia mahu bekerjasama semula dengannya di Anfield.

Kontrak Pulisic hanya akan berakhir pada 2020 dan rundingan dengan ejennya sedang diusahakan ketika ini.

Namun Liverpool mendapat saingan sengit daripada Chelsea yang turut berminat untuk mendapatkan khidmat Pulisic.

Fabinho gagal memenuhi kehendak Klopp sejak menyertai Liverpool tetapi dia sesuai beraksi di Itali dengan AC Milan dan Juventus sudah menyatakan minat terhadapnya. - Metro.co.uk

Fabinho , Christian Pulisic

Artikel Sebelum

Felcra FC sah tarik diri

Artikel Berikut

Valencia terbuka sertai seteru United

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel