suria

Liga Super Malaysia berpeluang buat 'comeback' dalam permainan video Fifa

Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JOHOR BAHRU: Liga Super Malaysia berpeluang membuat 'comeback' dalam francais permainan video popular Fifa selepas lebih 20 tahun dengan bantuan undian secara dalam talian.

Undian dalam talian itu dikendalikan oleh FIFPLay, sebuah platform bagi komuniti permainan video bola sepak untuk memberi kesedaran kepada pembangun permainan video untuk bersuara mengenai apa yang mahu dilihat mereka dalam siri permainan Fifa.

Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor, menggesa para penyokong bola sepak tempatan dan permainan video supaya mengundi dan memilih Liga Super Malaysia dimasukkan dalam Fifa 2020.

Tunku Ismail berkata, beliau merupakan penyokong tegar siri Fifa dan telah bermain permainan video itu sejak edisi pertama pada 1994.

"Terdapat satu undian sekarang ini untuk melihat liga baharu mana yang akan diperkenalkan dalam ‘Fifa 2020’ dan Liga Super Malaysia kini menduduki carta teratas undian tersebut. 

"Ayuh semua, mari kita jadikan ia kenyataan dan anda akan berpeluang menguruskan kelab Malaysia kegemaran anda di Fifa20," katanya menerusi posting di halaman Facebook rasminya.

Berdasarkan semakan, The Star mendapati Liga Malaysia mendahului undian daripada lebih 78 liga bola sepak di seluruh dunia, dengan 17 peratus atau 51,261 undi.

Liga Indonesia berada pada kedudukan kedua dengan lapan peratus atau 23,163 undi.

Lebih 300,000 orang telah membuat undian mereka di https://www.fifplay.com/fifa-20-leagues-vote/.  - The Star

Fifa, Tunku Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Lain