suria

Rakitic dikeluarkan daripada Croatia, kini kembali ke Barcelona

Rakitic terpaksa pulang kerana mengalami kecederaan ketika menentang Sepanyol. - Reuters

PENGURUS Croatia, Zlatko Dalic mengesahkan bahawa Ivan Rakitic sedang dalam perjalanan pulang ke Barcelona selepas mengalami kecederaan ketika menentang Sepanyol.

Pemain tengah itu diganti pada perlawanan yang menyaksikan kemenangan 3-2 ke atas pasukan Luis Enrique pada Khamis.

Namun, dia terpaksa dikeluarkan daripada menyertai pasukan kebangsaan dalam pertembungan Liga Negara-Negara disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya.

"Dia akan pulang ke Barcelona kerana mengalami kecederaan.

"Anda tahu amalan saya adalah tidak mengambil risiko (pemain) jika ada sesuatu yang mencurigakan.

"Kami mahu pemain yang sihat dan bersedia, Ivan Rakitic pada masa ini tidak 100 peratus bersedia untuk permainan ini, malangnya kami terpaksa pergi tanpa dia.

"Kami mempunyai (Nikola) Vlasic, (Mateo) Kovacic, (Josip) Brekalo, (Milan) Badelj dan kami sentiasa mempunyai jalan penyelesaian," katanya.

Bagaimanapun, kecederaan sebenar Rakitic masih belum jelas, namun ada laporan mendakwa pemain itu menderita masalah hamstring.

Barcelona berharap ia tidak terlalu serius dan pada masa sama Rakitic tidak dapat bermain menentang Atletico Madrid kerana dia digantung untuk pertembungan di Wanda Metropolitano. - Barca Blaugranes

Ivan Rakitic

Artikel Berikut

Artikel Lain