suria

Legenda bola sepak Kenny Dalglish dianugerahkan gelaran ‘Sir’

Sir Kenny Dalglish ketika dimasyurkan dengan gelaran 'Sir' oleh Putera Charles. - Foto Herald Pictures

WIRA bola sepak Scotland Sir Kenny Dalglish berkata dia menerima darjah kebesaran dengan rendah hati di atas kejayaan luar biasa beliau dalam kerjaya bola sepak.

Dikenali sebagai King Kenny di Merseyside, bekas pemain dan pengurus itu berkata, ia sudah menjadi tugasnya untuk menjadi penyokong dan membantu keluarga kelab Liverpool selepas tragedi bola sepak Hillsborough berlaku pada tahun 1989.

Sir Kenny digelar seorang pahlawan oleh Prince of Wales semasa istiadat permasyhuran Istana Buckingham untuk perkhidmatan dalam bola sepak, kerja-kerja amal dan kota Liverpool.

Bercakap selepas majlis tersebut, Sir Kenny berkata tentang keluarga Hillsborough: "Mereka sangat menyokong kelab bola sepak dan pada masa itu amat penting bagi kami untuk menjadi penyokong.

"Mereka memerlukan sedikit bantuan, kami mahu menolong mereka, dan saya pasti mereka akan melakukan perkara sama untuk kami juga - saya fikir itu adalah makna kehidupan."

Sir Kenny.

Sir Kenny meripakan penyerang antarabangsa Scotland yang menjadi bintang bola sepak Inggeris apabila dia memenuhi jurang yang ditinggalkan oleh wira Liverpool, Kevin Keegan di Anfield.

Beliau menjadi legenda Kop kerana memenangi tiga Piala Eropah dan enam gelaran liga bersama kelabnya.

Sebagai pengurus pula, beliau berjaya memenangi gelaran kejohanan liga utama dengan dua kelab berbeza, Liverpool dan Blackburn Rovers.

Bercakap tentang menggalas gelaran 'Sir', beliau berkata: "Anda berasa rendah diri. Ketika anda memulakan hidup, apa yang anda mahu? Anda hanya mahu bermain bola sepak.

"Dan apabila anda bermain bola sepak, apa yang anda mahu lakukan? Anda mahu mencuba dan berjaya menjadi pemain bola sepak profesional, mencuba dan memenangi sesuatu." - Herald Scotland

Kenny Dalglish

Artikel Lain