suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mbappe lebih layak menang Ballon d'Or - Hazard

BINTANG Chelsea, Eden Hazard menepis pujian yang mengaitkan dirinya dengan trofi Ballon d'Or tahun ini sebaliknya berkata, Kylian Mbappe lebih layak untuk menerimanya.

Perlumbaan merebut trofi berprestij itu sememangnya hangat diperkatakan dan beberapa nama pemain lain turut disebut-sebut.

Hazard yang juga pemain Belgium berkata, Mbappe memaparkan prestasi yang bagus sekaligus layak menerima gelaran berkenaan dalam edisi penganjuran tahun ini.

Sebelum ini, kemenangan Ballon d'Or dimonopoli oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Namun, dua bintang ternama itu dijangka tidak akan menerima Ballon d'Or 2018 kerana prestasi kurang memberangsangkan pada tahun ini.

Selain Hazard dan Mbappe, Luka Modric juga disebut-sebut sebagai antara pemain yang layak menerima hadiah tersebut pada tahun ini.

"Walaupun tahun ini sangat baik untuk saya, saya tetap berpijak di bumi nyata. Saya tak layak menerima Ballon d'Or , ramai lagi yang layak," ujar Hazard.- Goal.com.

Artikel Berikut

Artikel Lain