Napoli tolak bidaan 80 juta pound United terhadap Koulibaly - Sukan | mStar

Napoli tolak bidaan 80 juta pound United terhadap Koulibaly

Kalidou Koulibaly.

MANCHESTER United mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat bintang Napoli, Kalidou Koulibaly.

Jose Mourinho begitu terdesak untuk membawa masuk pemain pertahanan baharu pada musim panas lalu dan menjadikan pemain Tottenham, Toby Alderweireld dan Harry Maguire dari Leicester City sebagai sasaran.

Namun lembaga pengarah United tidak memberi sebarang dana kepada Mourinho untuk membawa masuk muka baharu itu.

Menurut La Repubblica, United telah mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk Koulibaly tetapi ditolak Napoli.

Koulibaly adalah tonggak utama benteng pertahanan Napoli.

United telah memaklumkan Napoli bahawa mereka sanggup menawarkan bidaan sama pada musim panas akan datang.

Namun kelab Serie A itu yakin pemain kebangsaan Senegal itu boleh dijual pada harga lebih tinggi.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis dilaporkan meminta bidaan sebanyak 89 juta pound sterling terhadap Koulibaly.

Beberapa kelab lain termasuk Real Madrid, Barcelona, Manchester City dan Bayern Munich turut berminat terhadap pemain berusia 27 tahun itu. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Pickford pengganti De Gea?

Artikel Berikut

Mbappe lebih layak menang Ballon d'Or - Hazard

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain