Kejohanan Major KL Dota 2 bermula, Syed Saddiq mahu Malaysia jadi hab e-Sport utama Asean - Sukan | mStar

Kejohanan Major KL Dota 2 bermula, Syed Saddiq mahu Malaysia jadi hab e-Sport utama Asean

syed saddiq
Syed Saddiq mencuba permainan Dota 2 pada Kejohanan Major Kuala Lumpur, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu Malaysia menjadi hab utama sukan elektronik atau e-Sport.

Beliau berkata, tidak sekadar melahirkan pemain-pemai muda yang berbakat, beliau ingin acara ini dilihat dari sudut yang berbeza.

"Kerajaan mahu memposisikan Malaysia sebagai hab di peringkat Asean.

"Ia meliputi pelaburan besar 'software' atau peralatan yang mana pengikut e-Sport ini akan memilih Malaysia terlebih dahulu sebelum ke negara-negara Asean lain," katanya ketika ditemui selepas sidang media Kejohanan major Kuala Lumpur (Dota 2) di Bukit Jalil pada Jumaat.

Jelas Syed Saddiq, kehadiran peminat pada kejohanan terbesar yang pertama kali diadakan di ibu kota ini membuktikan e-Sport menjadi pilihan semua golongan.

"Ini kali pertama dan bukan kali terakhir. Kita nak bawa lebih banyak pertandingan e-Sport peringkat antarabangsa ke Malaysia.

"Ini kerana ia dapat menarik minat bukan sahaja penyertaan dari Malaysia, tetapi juga dari luar negara.

"Dalam masa sama ia mampu mempromosikan golongan muda di peringkat Asean," katanya.

Jelas Syed Saddiq, untuk melihat e-Sport ini pergi jauh, beberapa langkah perlu diambil.

"Banyakkan hubungan strategik dengan syarikat-syarikat yang sedia ada supaya boleh menaja para atlet dan mengembangkan ekosistem e- Sport Malaysia.

"Kita juga perlu pastikan perkembangan e-Sport bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang, tetapi dikembangkan ke seluruh daerah di peringkat akar umbi.

"Dan yang ketiga persatuan sukan e-Sport Malaysia dikendali oleh komuniti yang terlibat dalam bidang ini," ujarnya.

Sebagai rekod, Kejohanan Dota 2 Major Kuala Lumpur berlangsung selama tiga hari bermula 16-18 November dengan menawarkan hadiah terkumpul lebih kurang RM4.15 juta.

Sebanyak 16 pasukan Dota 2 dari seluruh dunia bertanding merebut gelaran juara siri pertama Kejohanan Sirkit Dota Pro tahun ini.

Syed Saddiq , E-Sport

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain