Dilabel main bola sepak seperti trampolin, Bolt enggan mengalah - Sukan | mStar

Dilabel main bola sepak seperti trampolin, Bolt enggan mengalah

BEKAS raja pecut dunia Usain Bolt mendedahkan ramai pemain berprofil tinggi memberi semangat kepadanya untuk menceburi bola sepak.

Pemegang lapan kali pingat emas Sukan Olimpik itu hampir berputus asa selepas gagal persetujuan bersama dengan kelab Liga-A Central Coast Mariners.

Atlet berusia 32 tahun itu menjaringkan dua gol ketika sesi perlawanan percubaan namun dikatakan mempunyai sentuhan pertama seperti 'trampolin' oleh bekas pemain Ireland Andy Keogh.

Bolt mengakui dia sedikit kecewa dengan kritikan oleh penyokong yang ada nama.

"Orang akan bercakap apa yang mereka suka, saya sudah biasa.

"Ketika berada di balapan sebelum ini juga ada orang berfikiran buruk kepada saya, namun apabila mula (berlari) saya membuktikan mereka salah setiap tahun.

"Bola sepak adalah sesuatu yang saya mahukan. Saya yakin dia (Keogh) bukan berada di tempatnya sekarang ketika dia bermula, anda tahu apa yang saya maksudkan?.

"Saya tidak ambil sebagai peribadi, saya hanya ketawa ketika itu kerana saya telah bertemu Patrick Veira, dan ramai lagi pemain-pemain besar dalam bola sepak.

"Saya ada bercakap dengan Paul Pogba, Raheem Sterling dan mereka gembira melihat saya untuk mencuba. Mereka memberita "come on, you can do it'.

"Mereka sangat menyokong saya, jadi saya tidak perlu risau dengan bebera pemain yang mengatakan sesuatu tentang diri saya kerana saya mempunya pemain-pemain di tahap tinggi yang tahu impian ini dan apa yang saya mahu," jelasnya kepada Sky Sports.

Bolt memberitahu, banyak kelab yang menawarkan kontrak selepas dia 'berpisah' dengan Mariners.

Usain Bolt , bola sepak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain