suria

Selepas tolak, tampar Ribery tampil minta maaf kepada wartawan Guillou

Franck Ribery

BAYERN Munich Franck Ribery memohon maaf di atas tindaknnya menampar dan menolak seorang wartawan selepas tewas kepada Borussia Dortmund.

Kelab sebelum ini mengesahkan pemain veteran itu terlibat dengan pertengkaran fizikal bersama seorang wartawan Perancis Patrick Guillou yang mengetengahkan isu kesalahan pemain tengah itu ketika tewas minggu lalu.

Menurut saksi, pemain berusia 35 tahun itu menampar dan menolak Guillou dan kini Ribery telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas bertemu dengan mangsa.

Patrick Guillou

"Saya telah bersemuka dengan Patrick Guillou dan semuanya berjalan lancar apabila dia tiba di Munich.

"Kami berbincang dalam tempoh yang lama mengenai apa yang berlaku selepas perlawanan di Dortmund.

"Sudah tentu apa yang saya lakukan adalah salah. Selepas perlawanan saya sangat beremosi.

"Saya telah meminta maaf kepada Patrick dan keluarganya semalam. Dan saya harap kami akan melupakan perkara ini, dan sebab itulah penting bagi kami membuat perjumpaan ini.

Selain itu, belum pasti sama ada tindakan Ribery itu akan diambil tindakan dan kelab menegaskan pihaknya mengambil insiden ini sebagai masalah dalaman.

Bayern kini ketinggalan tujuh mata daripada pendahulu Bundesliga Dortmund.-Dailymail

Franck Ribery, Bayern Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain