suria

Bayern Munich yakin dapat sambar Ramsey

Aaron Ramsey.

BAYERN Munich mendakwa berjaya memenangi perebutan untuk mendapatkan khidmat bintang Arsenal Aaron Ramsey selepas rundingan dengan pemain tengah itu menunjukkan hasil positif.

Kontrak pemain kebangsaan Wales itu akan berakhir pada hujung musim ini dan dia bebas menandatangani persetujuan pra kontrak dengan mana-mana pasukan bermula 1 Januari.

Terdahulu Ramsey nyaris memperbaharui kontraknya bersama Arsenal tetapi pasukan itu menarik balik tawaran itu pada saat akhir.

Liverpool dan Chelsea turut berminat terhadap Ramsey tetapi Independent mendakwa Bayern berjaya memujuk pemain berusia 27 tahun itu.

Bayern berjaya membawa masuk Robert Lewandowski, Leon Goretzka dan Sebastian Rudy secara perpindahan percuma sebelum ini dan merasakan Ramsey pemain sesuai untuk kelab itu.

Ramsey menuntut kenaikan gaji asas sekitar 200,000 pound sterling seminggu untuk kekal di Emirates.

Namun Bayern bersedia melaburkan bidaan tinggi terhadap Ramsey dan memberikan gaji yang lebih rendah untuk mengimbangi perbelanjaan yang sudah dikeluarkan.

Unai Emery dilaporkan sudah bersetuju dengan keputusan Arsenal untuk tidak memperbaharui kontrak Ramsey tetapi akan terus menggunakan khidmatnya sehingga tamat musim ini. - Metro.co.uk

Aaron Ramsey

Artikel Sebelum

PKNP gugur semua import

Artikel Berikut

Woodward nilai prestasi United

Artikel Lain