Woodward nilai prestasi United - Sukan | mStar

Woodward nilai prestasi United

NAIB Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward mengakui kelab itu melalui permulaan yang bercampur baur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Namun dia yakin Jose Mourinho dan anak buahnya akan bersatu untuk kembali ke landasan terbaik.

Red Devils menduduki tangga kelapan liga, memenangi hanya enam daripada 12 perlawanan EPL dan ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Manchester City selepas tewas 1-3 pada pertembungan itu.

Mourinho secara terbuka menyuarakan hasrat untuk membawa masuk pemain pertahanan baharu pada musim panas ini tetapi lembaga pengarah United enggan mengeluarkan dana bagi mendapatkan khidmat Toby Alderweireld dan Harry Maguire.

Pengendali dari Portugal itu mengakui alasan tersebut sebagai punca United bergelut dengan prestasi hambar di awal musim.

United tewas di tangan City baru-baru ini.

Namun ketika ditanya mengenai prestasi hambar United di bawah Mourinho, Woodward berkata:"Di atas padang kami masih berada pada kedudukan baik pada Liga Juara-Juara dan walaupun permulaan musim kami bercampur baur, skuad dan pengurus bersatu padu untuk mendapatkan semula momentum pasukan."

Woodward memberi penilaian terhadap pasukan selepas menyekat dana perpindahan pemain pada musim panas lalu.

Pendapatan tahunan United dijangka meningkat dari 590 juta pound sterling kepada antara 615 juta pound sterling dan 630 juta pound sterling.

Perbelanjaan kelab untuk suku tahun terakhir juga meningkat kepada 77 juta pound sterling, naik 10.2 peratus.

"Kami bersetuju dengan kontrak baharu beberapa pemain termasuk Marouane Fellaini dan Luke Shaw.

"Kami teruja untuk melihat beberapa peningkatan yang ditunjukkan Jesse Lingard, Marcus Rashford, Scott McTominay dan Andreas Pereira ketika ini," kata Woodward. - Metro.co.uk

Manchester United

Artikel Sebelum

Bayern Munich yakin dapat sambar Ramsey

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

Hujung minggu yang panjang pada 2019