suria

Safawi Pemain Paling Bernilai, JDT dominasi ABK2018

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK2018) dengan meraih sembilan kategori utama ditawarkan pada majlis yang berlangsung Isnin malam.

Penampilan konsisten sepanjang tahun menjadikan pemain muda kelahiran Dungun Terenganu, Safawi Rasid menyapu bersih tiga anugerah utama apabila muncul sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP), Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan.

Rakan sepasukan Safawi di JDT, Farizal Marlias turut menerima trofi Penjaga Gol Terbaik, juga Hariss Harun sebagai Pemain Terbaik Asean tahun ini.

Kelab juara Liga Super lima kali berturut-turut itu turut merangkul anugerah Media Terbaik, Laman Web Terbaik serta Penyokong Terbaik.

Sementara itu, Shahrul Saad dari pasukan Perak dinobatkan sebagai Pertahanan Terbaik, manakala seorang lagi bintang muda Kedah Akhyar Rashid dipilih sebagai Penyerang Terbaik.

Anugerah Jurulatih Terbaik dirangkul oleh Mehmet Durakovic yang berjaya membawa Perak bergelar juara Piala Malaysia baru-baru ini.

Pemain Selangor, Rufino Segoia dipilih untuk menerima Pemain Import Terbaik 2018 selepas menjadi penjaring terbanyak pemain import.

Pemain Kelantan Shafiq Shaharudin pula dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak (pemain tempatan) Liga Super.

ABK 2018 turut menyaksikan Nurul Azurin Mazlan menerima anugeah Pemain Wanita Terbaik.

Selain itu pasukan Melaka menerima Anugerah Fair Play.

Senarai penuh pemenang utama ABK2018:

PEMAIN PALING BERNILAI: Safawi Rasid (Johor Daruk Ta'zim)

PENJAGA GOL TERBAIK • Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim)

PERTAHANAN TERBAIK • Shahrul Saad (Perak)

PEMAIN TENGAH TERBAIK Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim)

PENYERANG TERBAIK • Akhyar Abdul Rashid (Kedah)

JURULATIH TERBAIK • Mehmed Durakovic (Perak)

PEMAIN IMPORT TERBAIK • Rufino Segovia (Selangor)

PEMAIN ASEAN TERBAIK • Hariss Harun (Johor Darul Ta’zim)

PEMAIN MUDA HARAPAN • Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim)

PENYOKONG TERBAIK • Johor Darul Ta’zim

MEDIA SOSIAL TERBAIK • Johor Darul Ta’zim

LAMAN WEB TERBAIK • Johor Darul Ta’zim

FAIR PLAY Melaka

ANUGERAH PERSAHABATAN Hafizh Syahrin (MotoGP)

ABK2018

Artikel Sebelum

Wenger dijangka ke AC Milan

Artikel Lain