suria

Sarri yakin Chelsea bukan pesaing utama liga

MAURIZIO Sarri belum yakin sama ada Chelsea adalah pesaing dalam perebutan trofi Liga Perdana musim ini biarpun kini berada di kedudukan kedua liga.

Sarri masih tidak selesa walaupun terus meraih kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace awal pagi Isnin.

Ia merupakan kemenangan keempat berturut-turut aksi The Blues.

Chelsea kini berbeza dua mata dengan pendahulu liga Manchester City (29 mata).

"Saya tidak tahu, saya tidak tahu. Sejak awal musim lagi kita sedar dengan jurang mata itu.

"Musim lepas juga terdapat jurang dengan 30 mata. Jadi saya fiukir, saat ini kami hanya mahu menghindari jurang mata yang besar.

"Saya juga fikir sangat sukar untuk mengutip 30 mata dalam tempoh enam bulan, tetapi kita akan cuba," ujar Sarri.

Kemenangan ke atas Crystal juga menyaksikan rekod tanpa kalah 11 perlawanan sejak musim liga bermula.

Ia menyaksikan pengurus pertama yang berjaya mengekalkan rekod tersebut dan menyamai catatan yang dibuat pengendali Nottingham Forest, Frank Clark 24 tahun lalu.

"Saya sangat bangga, tetapi lebih bangga menjadi jurulatih pasukan ini.

"Rekod itu bukan hanya untuk jurulatih, tetapi untuk pasukan.

"Saya bertuah mempunyai pemain yang hebat," tambahnya. -OneFootball.

Maurizio Sarri, Chelsea

Artikel Lain