suria

Selepas dua tahun, Rooney kembali sarung jersi England

WAYNE Rooney bersedia untuk menyarung kembali jersi England selepas bersara.

Pemain berusia 33 tahun itu mencatat rekod 53 gol bersama England dan kali terakhir bersama skuad kebagsaan pada aksi kemenangan 3-0 ke atas Scotland pada 2016.

Rooney yang bermain bersama kelab DC United bakal menambah rekod kap baharu ke-120 pada aksi persahabatan menentang Amerika Syarikat di Stadium Wembley pada 15 November ini.

Perlawanan tersebut dikenali sebagai 'The Wayne Rooney Foundation International'.

Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) memberitahu ia merupakan penghormatan buat Rooney untuk memecah rekod karier antarabangsanya.

"Saya sangat merendah diri dan teruja bemain untuk England di Wembley lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gareth Southgate dan FA kerana menjemput saya dan membantu yayasan yang masih dalam proses.

"Bermain untuk England merupakan penghargaan tertinggi dalam karier dalam merekodkan kap ke-120 dan ianya yang terakhir yang pastinya akan menjadi saat indah buat saya.

"Saya berharap semua penyokong akan gembira perlawanan tersebut," ujar Rooney.

Rooney mengumumkan persaraan antarabangsa pada Ogos 2017 selepas beberapa kali namanya tidak dipanggil menyertai skuad The Three Lions.

England, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Guardiola puji Sterling

Artikel Lain