suria

Wenger dijangka ke AC Milan

ARSENE Wenger semakin hampir untuk kembali ke padang bersama AC Milan.

Laporan di Perancis mendakwa bekas pengendali Arsenal itu telah mengadakan perbincangan dengan kelab Itali itu sejak beberapa minggu lalu bagi menggantikan Gennaro Gattuso.

Milan memulakan musim ini agak perlahan dengan berada di kedudukan keempat Serie A, namun pihak pengurusan tertinggi mahukan sesuatu yang lebih baik selepas melabur sejumlah 130 juta pound bagi persiapan pasukan musim ini.

Menurut laporan France Football, pelabur dari Amerika Elliott Management Corporation yang kini merupakan pemilik AC Milan, Paul dan Gordon Singer berminat untuk mendapatkan Wenger dan sudah memulakan perbincangan.

Lebih menarik, dalam perbincangan tersebut Wenger dilaporkan akan mendapatkan kebebasan untuk mengawal bahagian perpindahan dan mungkin akan diumumkan sebagai bos baharu dalam tempoh terdekat ini.

Sekiranya menjadi kenyataan, Wenger bakal kembali bergandingan dengan Ivan Gazidis yang meninggalkan Arsenal Sepetmber lalu untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Milan yang baharu.

Sepanjang menguruskan The Gunners, Wenger berjaya merekodkan tiga treofi Piala FA dalam tempoh sembilan tahun bersama Gazidis,54, biarpun dia menjadi watak utama menyuruh Wenger meletak jawatan Mei lalu.

Arsenal Wenger, AC Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain