Kafa terkilan, kecewa lesen kebangsaan dan AFC ditolak - Sukan | mStar

Kafa terkilan, kecewa lesen kebangsaan dan AFC ditolak

Bibi Ramjani

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kecewa dengan keputusan Badan Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengekalkan keputusan tidak meluluskan Lesen Kebangsaan dan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada persatuan itu.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata Kafa terkilan dengan tindakan diambil badan induk berkenaan walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh dengan keupayaan kewangan persatuan yang terhad demi kesinambungan bola sepak di Kelantan.

Beliau berkata ia disebabkan kelewatan mengemukakan interim serta berhadapan dengan tiga caj pembayaran kepada pemain seperti dilaporkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) membabitkan Blazhe Ilijoski (RM25,140), Alfredo Gonzalez (RM225,940) dan Dramane Traore (RM332,000) manakala satu kes daripada FAM melibatkan jumlah RM95,845 yang perlu dibayar kepada Brendan Gan.

“Perkara seperti dinyatakan di atas telah diambil kira dalam proses rayuan dan ia menyebabkan rayuan kami bagi mendapatkan Lesen Kebangsaan dan AFC bagi musim depan, ditolak.

“Namun, kami terpaksa akur dan menghormati keputusan FAM serta memohon maaf kepada semua peminat bola sepak khususnya rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Beliau, bagaimanapun berkata Kelantan akan terus beraksi pada musim depan sebagai sebuah pasukan Liga Perdana memandangkan lesen dipohon sebelum ini membabitkan kelulusan pasukan untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2019.

Sementara itu, Kafa dalam kenyataan yang dikepilkan bersama kenyataan Presidennya, berkata persatuan itu telah menjelaskan sejumlah RM2,600,555 sebagai bayaran tunggakan pada 2017 manakala RM678,925 belum dilangsaikan kepada empat pemain bagi mendapatkan kelulusan Lesen Liga Super.- Bernama

Kafa , Lesen , Tolak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Posa kekal presiden FAS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain