suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Semua wartawan iri hati, tak tahu main bola sepak"

PEMAIN pertahanan Real Madrid mengkritik pihak media tidak pandai bermain bola.

Jelas Marcelo, semua wartawan cuba 'mencederakan' pasukannya.

"Mungkin iri hati kerana anda tidak tahu bagaimana bermain bola sepak," jelasnya bagi mempertahankan pengurus Julen Lopetegui.

Masa depan Lopetegui di Real agak goyang berikutan mengalami lima kekalahan sebelum ini, namun menang 2-1 ke atas Viktoria Plzen dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Berikutan itu, Marcelo tampil mempertahankan pengendali berusia 54 tahun itu.

"Ia sangat sukar apabila anda tidak menang, tetapi apabila anda bercerita mengenai krisis seprti mahu mengecewakan pasukan kami.

"Pada pandangan saya, dia telah menjalankan tugas dengan baik," jelasnya yang turut menjaringkan gol ketika bertemu Viktoria.-Onefootball

Marcelo, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Lain