suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peguam model siasat tiga lagi dakwaan salah laku seksual Ronaldo

PEGUAM model yang mendakwa dirogol Cristiano Ronaldo memberitahu The Sun bahawa mereka sedang menyiasat tiga lagi dakwaan salah laku seksual membabitkan bintang Juventus itu.

Seorang wanita dikatakan mendakwa dirogol pemain skuad Portugal itu selepas menghadiri sebuah parti, tuduhan sama yang difailkan model Kathryn Mayorga.

Seorang lagi mangsa mendakwa dia dikasari Ronaldo dan mangsa ketiga membuat perjanjian untuk tidak mendedahkan insiden yang berlaku pada 2009.

Leslie Stovall yang mewakili Mayorga berkata:"Saya mengambil tindakan susulan untuk mengesahkan maklumat ini."

Namun tidak dapat dipastikan sama ada wanita kedua dan ketiga memfailkan kes rogol terhadap Ronaldo.

Terdahulu, Mayorga mendakwa Ronaldo merogolnya pada 2009 ketika meraikan perpindahannya ke Real Madrid.

Mayorga dilaporkan menandatangani perjanjian penyelesaian bernilai 287,000 pound sterling dengan bekas pemain Manchester United supaya tidak mendedahkan insiden itu.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Lain